• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
Honest Food Talks
  • Resepi
  • Panduan
  • Bahasa Melayu
    • Bahasa Melayu
menu icon
go to homepage
subscribe
search icon
Homepage link
  • Resepi
  • Panduan
  • Bahasa Melayu
    • Bahasa Melayu
×

Home / Resepi

Kuih Lapis, Resepi Ceria dan Sedap

Last Updated: Jun 13, 2021 · Author: Honest Food Talks · Jump to Recipe

Kuih lapis adalah antara hidangan ringan tradisional Malaysia yang terkenal dan selalu dihidangkan di majlis-majlis keraian.

Ramai orang menggemari hidangan ringan ini bukan hanya kerana warnanya yang ceria dan berwarna-warni, tetapi juga disebabkan oleh rasanya yang manis.

Kuih Lapis
Kuih Lapis Tradisional Malaysia | Gambar dari Instagram
Jump to:
  • Asal-Usulnya
  • Bagaimana dengan Rasanya?
  • Kepelbagaian Warna dan Rasa
  • Resepi Mengikut Sukatan Cawan dan Cara Membuatnya
  • Kuih Lapis, Resepi Mengikut Sukatan Cawan
  • Tips dan Cara Rahsia untuk Membuat Kuih Lapis yang Sempurna

Asal-Usulnya

Manisan yang berwarna-warni ini asalnya daripada Indonesia, tetapi ia sangat digemari oleh warga Malaysia, Brunei, dan Singapura.

Seperti namanya, pencuci mulut ini dibina secara berlapis-lapis, dan setiap lapisan akan dikukus sehingga sempurna, dengan warna berlainan yang diselangselikan. 

Antara warna yang selalu digunakan adalah warna merah dan putih, yang melambangkan jaluran pada bendera Malaysia. Tetapi ada juga yang membuat kuih lapis dengan warna hijau-putih dan warna-warna pelangi.

Hidangan Manis Malaysia Corak Pelangi
Corak Pelangi | Gambar dari Instagram

Bagaimana dengan Rasanya?

Setelah dikukus dengan sempurna, hidangan ringan ini nampak seperti puding. Sesetengah orang menyamakan tekstur hidangan ini seperti puding atau gelatin, tetapi sebenarnya ia lebih kenyal.

Lidah kita akan disaluti dengan rasa lemak santan, dan dalam setiap gigitan, pencuci mulut ini akan mencair di dalam mulut. 

Rasa manisnya tidak keterlaluan, jadi sememangnya tidak akan cukup jika cuma memakan sepotong sahaja. 

Kepelbagaian Warna dan Rasa

Selalunya, pembuat hidangan ringan ini akan menggunakan pewarna tiruan untuk mewarnakan bancuhan yang ada. Tetapi jika tidak mahu menggunakan pewarna tiruan, bahan-bahan asli juga boleh digunakan untuk mewarnakannya. 

Untuk mendapatkan warna hijau lembut, kisar daun pandan bersama-sama dengan santan sebelum digaulkan dengan bahan-bahan lain, lalu terhasillah kuih lapis pandan yang sangat sedap. Ataupun jika mahukan satu kelainan, gunakan bunga telang untuk mendapatkan warna biru pastel yang cantik.

Khanom Chan dari Thailand
Khanom Chan dari Thailand | Gambar dari Instagram

Walaupun secara umumnya, rasa hidangan ringan ini datang daripada manis gula dan lemak santan, ada juga beberapa resepi yang mencampurkan sedikit air mawar ke dalam bancuhan awal. 

Ia akan menyebabkan sepelusuk ruang dapur dipenuhi dengan aroma harum mawar setelah manisan tradisional Malaysia ini siap dikukus. Dan apabila ia dimasukkan ke dalam mulut, rasa sirap mawar bergabung serasi dengan lemak santan. 

Selain daripada resepi yang biasa, pencuci mulut ini juga mempunyai banyak variasi lain seperti kuih lapis nyonya, Thailand, Terengganu, pandan dan gula merah, yang masing-masing menggunakan resepi yang berbeza-beza.

Resepi Mengikut Sukatan Cawan dan Cara Membuatnya

Kuih tradisional Malaysia ini adalah antara yang paling senang dibuat. Setiap lapisan perlu dikukus dengan sempurna terlebih dahulu sebelum adunan yang seterusnya dituang supaya warna antara lapisan tidak bercampur dan akan nampak cantik apabila dipotong nanti. Disebabkan itu juga, setiap lapisan boleh ditanggalkan dengan mudah dan dinikmati satu per satu.

Setelah bahan-bahan siap disediakan, bolehlah mula ikuti resepi cara-cara membuatnya seperti di bawah ini.

Kuih Lapis

Kuih Lapis, Resepi Mengikut Sukatan Cawan

Kuih lapis adalah antara kuih tradisional Malaysia yang senang dibuat walaupun di dapur rumah, dan sesuai untuk dihidangkan bagi tetamu rumah atau untuk dibawa ke majlis keraian.
Author: Honest Food Talks
5 from 4 votes
Print Pin
Course: Snack
Cuisine: Malaysian
Keyword: dessert, kuih
Servings: 40 potongan
Calories: 132kcal
Prep Time: 10 minutes
Cook Time: 30 minutes
Total Time: 40 minutes

Ingredients

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 cawan larutan santan 1 cawan santan yang dilarutkan dengan 3 cawan air
  • 2 sudu teh garam
  • sedikit pewarna merah

Equipment

Pengukus
Loyang (7x7 inci)

Instructions

  • Panaskan pengukus di atas api yang sederhana.
  • Gaulkan bahan-bahan kering iaitu tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, garam, dan gula pasir.
  • Tuangkan larutan santan ke dalam campuran bahan kering dan kacau sehingga sebati. Pastikan tiada ketulan tepung dalam adunan agar ia dapat dimasak dengan cantik dan sempurna.
  • Bahagikan bancuhan kepada dua bahagian secara sama rata. Di dalam satu bancuhan, titiskan beberapa titisan pewarna merah dan kacau sehingga bancuhan bertukar warna.
  • Sediakan loyang bersaiz 7 x 7 inci dan sapukan minyak di seluruh permukaannya. Langkah ini adalah untuk memastikan ia dapat dikeluarkan dengan mudah.
  • Masukkan loyang kuih lapis ke dalam pengukus, dan tuangkan ⅓ cawan adunan yang berwarna merah ke dalamnya. Tutup pengukus dengan penutupnya, dan biarkan adunan tadi dikukus selama 5 minit.
  • Kemudian, tuang pula ⅓ cawan adunan berwarna putih dan kukuskannya untuk 5 minit lagi.
  • Ulang langkah 6 dan 7 sehingga adunan habis dengan warna adunan yang diselangselikan. Pastikan lapisan yang sebelumnya sudah betul-betul pejal, barulah tuangkan adunan yang seterusnya untuk mengelakkan adunan bercampur warna. Setelah semuanya siap dikukus, maka sedialah kuih lapis anda!

Nutrition

Calories: 132kcal

Calories have been calculated using an online calculator. Nutritional information offered on Honest Food Talks is for general information purposes and are only rough estimations.

Tried this recipe?Follow us @honestfoodtalks for more delicious recipes!

Anda juga boleh merujuk video Youtube oleh Feeda Diaries untuk membuat hidangan manis yang klasik ini.

Kuih Lapis Klasik

Tips dan Cara Rahsia untuk Membuat Kuih Lapis yang Sempurna

Langkah-langkah untuk membuat pencuci mulut ini senang sahaja, tetapi teknik yang digunakan mungkin sedikit rumit bagi sesetengah orang, lagi-lagi jika baru mahu berjinak-jinak dalam bidang pembuatan kuih. 

Sebenarnya ada tips yang boleh digunakan bagi memastikan manisan ini dimasak dengan sempurna, iaitu:

  • Untuk mengelakkan teksturnya ‘berkedut’ dan mempunyai lapisan yang rata, pastikan ruang di dalam pengukus cukup besar untuk memastikan haba dapat beredar dengan baik.
  • Membungkus penutup pengukus dengan kain juga dapat memastikan permukaan lapisan yang paling atas dimasak rata kerana semua air yang tersejat di penutup pengukus akan diserap oleh kain tersebut.
  • Setelah dibawa keluar daripada pengukus, biarkan ia sejuk terlebih dahulu sebelum memotongnya. Untuk memotong pencuci mulut tersebut juga ada caranya. Lumurkan bilah pisau dengan minyak masak agar ia dapat dipotong dengan senang, tanpa ada bahagian yang melekat pada pisau lalu mencacatkan potongan.

Hidangan ringan tradisional Malaysia ini juga merupakan sebahagian daripada warisan dan budaya orang Malaysia.

Jadi, kita haruslah memeliharanya, agar resepi ini tidak hilang ditelan zaman dan generasi akan datang dapat merasai kuih cantik bertekstur kenyal ini.

Posts You May Also Like

  • Kuih Seri Muka, Resepi Tradisional Yang Lazat Sekali
    Kuih Seri Muka, Resepi Tradisional Yang Lazat Sekali
Kuih Seri Muka, Resepi Tradisional Yang Lazat Sekali »

This post may contain affiliate links · This site generates income via ads 

Reader Interactions

Comments

  1. Sally

    September 28, 2021 at 11:09 am

    5 stars

    Balas
  2. Yao

    April 30, 2021 at 8:21 pm

    5 stars
    Thank you for this recipe! Miss this while im in UK T_T gonna make this for buka puasa

    Balas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Recipe Rating




Primary Sidebar

HFT-Ad-share-story

Featured Recipe

Footer

↑ back to top

Company

  • About Us
  • Our Team
  • Featured Writers

Languages

  • English
  • 繁體中文
  • 简体中文
  • Bahasa Melayu

Work with Us

  • Share Your Story
  • Advertise With Us
  • Write For Us

Follow Us

  • Instagram
  • Pinterest
  • YouTube
  • TikTok
  • LinkedIn

Newsletter

  • Sign Up!
    for emails and updates

© 2023 Honest Food Talks
Privacy Policy | Editorial Policy | Disclaimer